Nota: Douglas Loh & Associates hanya boleh memberikan nasihat tentang isu berkaitan cukai perniagaan bukan cukai individu.
Sedar atau tidak, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar pengangguran di Malaysia semakin menurun pada tahun 2024. Ini menunjukkan ramai yang telah bekerja dan mendapat pendapatan selayaknya. Selain itu, purata kenaikan gaji rakyat Malaysia telah meningkat kepada RM3,212 sebulan sejak tahun 2022.
Perkara paling penting adalah apabila seseorang itu mendapat gaji atau pendapatan bulanan, maka ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kepada negara.
Apakah tanggungjawab itu? Tanggungjawab itu adalah anda perlu membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Cukai yang dibayar ini dipanggil sebagai cukai pendapatan.
Sebelum itu, anda perlu memahami terlebih dahulu makna cukai pendapatan itu sendiri.
Makan Gaji Perlu Bayar Cukai Pendapatan
Sebenarnya, cukai pendapatan adalah cukai yang anda perlu bayar setiap tahun berdasarkan pendapatan yang anda terima. Pendapatan itu boleh datang dari pelbagai sumber, seperti berikut:
a) Keuntungan daripada bisnes
b) Gaji atau upah diterima
c) Dividen, faedah, atau diskaun
d) Sewa, royalti, atau premium
e) Pencen, anuiti, atau pembayaran berkala lain
f) Keuntungan lain yang tidak termasuk dalam senarai di atas
Untuk pengetahuan anda, semua perkara ini diuruskan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP), yang menetapkan bagaimana cukai pendapatan dikutip dan diuruskan.
Jika dilihat daripada senarai di atas, majoriti rakyat Malaysia menerima pendapatan melalui kategori (b) iaitu gaji atau upah yang diterima. Istilah mudahnya adalah ‘makan gaji’.
Menurut, Jabatan Perangkaan Malaysia, lebih 75% rakyat negara ini adalah pekerja ‘makan gaji’ di sektor awam atau swasta.
Jadi, anda yang bekerja ini perlu tahu sama ada anda wajib membayar cukai atau pun tidak. Sebelum mahu declare income tax, anda perlu semak kelayakan anda terlebih dahulu.
Sila Semak Pendapatan Tahunan Anda
Cukai pendapatan dikenakan kepada setiap orang yang menerima pendapatan termasuk gaji. Sama ada ia diterima dari dalam Malaysia ataupun luar negara.
Jika gaji anda lebih daripada nilai ambang yang ditetapkan, anda mestilah mendaftar untuk fail cukai pendapatan dan membayarnya. Cara untuk anda tahu nilai ambang boleh dirujuk berdasarkan senarai di bawah:
1. Bujang atau berkahwin tanpa pasangan bekerja: Pendapatan lebih RM37,333 setahun (lebih RM3,111 sebulan).
2. Berkahwin dengan seorang anak (taksiran berasingan): Pendapatan lebih RM39,333 setahun (lebih RM3,278 sebulan).
3. Berkahwin dengan dua anak (taksiran berasingan): Pendapatan lebih RM41,333 setahun (lebih RM3,444 sebulan).
4. Berkahwin tanpa anak (taksiran bersama): Pendapatan lebih RM48,000 setahun (lebih RM4,000 sebulan).
5. Berkahwin dengan seorang anak (taksiran bersama): Pendapatan lebih RM50,000 setahun (lebih RM4,167 sebulan).
6. Berkahwin dengan dua anak (taksiran bersama): Pendapatan lebih RM52,000 setahun (lebih RM4,333 sebulan).
Jika anda telah meneliti senarai di atas dan menyedari bahawa gaji anda melebihi nilai-nilai ambang atau jumlah pendapatan tersebut. Maka, anda perlu bersiap sedia untuk mendaftar fail cukai pendapatan kerana anda perlu menjalankan tanggungjawab sebagai pembayar cukai.
Bagaimanakah Cara Untuk Isytihar dan Bayar Cukai Pendapatan?
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:
Daftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat (untuk yang pertama kali)
Lapor Pendapatan Tahunan
Bayar Cukai Pendapatan
Soalan seterusnya yang mungkin anda tertanya-tanya adalah macam mana untuk isytihar dan bayar cukai pendapatan?
Untuk anda yang pertama kali hendak mengisytihar dan membayar cukai pendapatan. Anda mesti mendapatkan nombor cukai pendapatan dari pihak LHDN terlebih dahulu. Anda boleh mendaftar secara online atau fizikal.
Pertama: Daftar Nombor Cukai Pendapatan
Untuk mendaftar secara online, anda perlu ke Perkhidmatan ezHasil:
Daftar dalam talian melalui aplikasi e-Daftar di sistem MyTax di pautan berikut: https://mytax.hasil.gov.my/
Untuk mendaftar secara fizikal, anda perlu:
Hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat dan mendaftar di situ
Dokumen-dokuman yang perlu anda bawa ialah:
Borang CP600 yang boleh anda muat turun di pautan berikut; https://www.hasil.gov.my/borang/muat-turun-borang/muat-turun-borang-pendaftaran
Kad pengenalan
Sijil Pendaftaran Perniagaan (kalau anda ada perniagaan)
Penyata pendapatan/slip gaji
Kedua: Dapatkan No. Pin Cukai Pendapatan
Untuk mendapatkan Nombor Pin, anda boleh lakukan sama melalui atas talian (online) atau secara fizikal.
Jika anda hendak mendapatkan Nombor Pin secara atas talian (online), anda boleh ke pautan Maklum Balas Pelanggan HASIL di sini: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public
Jika anda hendak mendapatkan Nombor Pin secara fizikal, anda boleh pergi ke Cawangan HASiL yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Untuk maklumat semua, sepanjang proses ini anda perlu sertakan dokumen-dokumen berikut dalam permohonan:
Salinan kad pengenalan atau passport pemohon.
Borang CP55D – Permohonan Nombor Pin E-Filing Individu.
Nombor Pin akan diberikan jika permohonan dan dokumen sokongan yang diperlukan lengkap.
Ketiga: Kata Laluan E-Filing
Jika anda hendak mendaftar Nombor Pin, anda boleh pergi ke laman sesawang MyTax di sini: https://mytax.hasil.gov.my/
Akaun MyTax anda akan aktif sepenuhnya apabila anda berjaya membuat kata laluan. Selepas itu, anda akan menerima notifikasi “Sijil Digital Individu Anda Telah Berjaya Didaftarkan”.
Setelah selesai semua proses di atas, kini anda boleh mengisytihar pendapatan masing-masing dan membayar cukai.
Keempat: Isi E-Filing
Sebelum itu, anda mesti pastikan bahawan majikan anda telah menyerahkan Borang EA (EA Form) terlebih dahulu. Borang EA ini adalah seperti penyata gaji tahunan yang anda perlukan untuk proses membayar cukai pendapatan. Ia juga menjadi ringkasan pendapatan tahunan yang anda terima daripada majikan.
Anda perlu menggunakan maklumat dari Borang EA itu untuk dimasukkan dalam E-Filing. Berikut adalah panduan untuk anda mengisi E-Filing;
Masuk ke laman sesawang MyTax
Daftar sebagai pengguna kali pertama
Daftar sijil digital
Pilih menu E-Filing MyTax tahun tersebut
Pilih Borang e-BE tahun tersebut (individu makan gaji)
Tandatangan dan hantar borang.
Tunggu dan terima bayaran balik jika ada lebihan bayaran
Bagi para peniaga Enterprise, pastikan anda mendaftar di bawah Borang B (individu). Untuk anda yang bekerja makan gaji pula, pastikan adan menggunakan Borang BE.
Perlu diingatkan bahawa terdapat pelepasan cukai bagi sesetengah perbelanjaan yang anda lakukan setiap tahun. Selain itu, anda boleh claim balik jika terdapat lebihan bayaran cukai.
Golongan yang Layak Menuntut Pelepasan Cukai
Sebenarnya, pelepasan cukai ini merujuk kepada perbelanjaan yang kerajaan benarkan untuk dikurangkan dari cukai yang perlu kita bayar setiap tahun.
Apakah tujuannya? Supaya dapat meringankan beban kewangan anda sebagai pembayar cukai. Dengan adanya pelepasan ini, cukai yang dikenakan boleh berkurang. Jadi, kalau dirancang dengan baik, kita boleh jimat banyak wang!
Sebelum itu, anda kena pastikan bahawa anda termasuk dalam golongan yang layak menuntut pelepasan cukai.
Tahukah anda? Terdapat beberapa golongan yang boleh menuntut pelepasan cukai. Semua warganegara Malaysia layak untuk mendapatkan pelepasan atau rebat cukai, termasuk:
Individu berstatus bujang
Pasangan berkahwin yang mempunyai ibu bapa sebagai tanggungan
Mereka yang mempunyai anak
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan inisiatif ini!
Senarai Pelepasan Cukai Dalam Belanjawan 2025
Setiap tahun, kerajaan akan mengumumkan senarai pelepasan cukai dalam belanjawan tahun tersebut. Bagi tahun 2025, kerajaan telah mengumumkan beberapa pelepasan cukai yang diteruskan dari tahun sebelumnya serta terdapat juga jenis pelepasan cukai yang baru.
Berikut merupakan ringkasan senarai pelepasan cukai bagi individu untuk tahun 2025:
1. Pembelian Pengecas Kenderaan Elektrik: Pelepasan cukai untuk pengecas kenderaan elektrik kekal RM2,500 dan kini merangkumi mesin kompos sisa makanan sehingga 2027.
2. Insurans Pendidikan & Kesihatan: Pelepasan cukai untuk premium insurans pendidikan dan perubatan dinaikkan kepada RM4,000. Untuk perbelanjaan perubatan, had ditetapkan hingga RM10,000.
3. Caruman Skim Persaraan Swasta: Pelepasan cukai sehingga RM3,000 untuk caruman skim persaraan swasta dilanjutkan hingga 2030.
4. Pendidikan Anak-Anak: Pelepasan cukai sehingga RM8,000 untuk simpanan SSPN dilanjutkan tiga tahun lagi. Juga, pelepasan RM3,000 untuk yuran taska dan tadika hingga 2027.
5. Kesihatan: Skop pelepasan cukai individu diperluas untuk perbelanjaan perubatan seperti ujian dan peralatan pemeriksaan kesihatan.
6. Pemilikan Rumah Pertama: Kerajaan akan memberi pelepasan cukai hingga RM7,000 untuk faedah pinjaman rumah berharga hingga RM500,000, dan RM5,000 untuk rumah antara RM500,000 hingga RM750,000, yang boleh dituntut selama tiga tahun berturut-turut bagi perjanjian jual beli antara 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027.
7. Rawatan Anak Autisme: Had pelepasan cukai untuk rawatan anak autisme meningkat kepada RM6,000.
8. Aktiviti Sukan & Penjagaan Warga Emas: Pelepasan cukai untuk perbelanjaan pemeriksaan perubatan ibu bapa dan aktiviti sukan diperluas, termasuk penjagaan warga emas.
9. Orang Kurang Upaya (OKU): Pelepasan cukai bagi OKU dinaikkan kepada RM7,000, untuk pasangan OKU RM6,000, dan untuk anak OKU yang belum berkahwin RM8,000.
Wah! Banyak pelepasan cukai yang boleh anda claim selepas ini.
Jika anda keliru, mari dapatkan nasihat percukaian
Jika difikirkan semula, untuk mengisytihar cukai serta mendapatkan pelepasan cukai adalah suatu perkara sangat mengelirukan bagi sesetengah orang. Ramai yang terperangkap dengan masalah ini apabila terlalu sibuk sehingga tidak sempat hendak menyimpan rekod perbelanjaan dengan baik setiap tahun.
Perubahan polisi kerajaan berkaitan cukai juga boleh memberi kekeliruan kepada kita sebagai pekerja biasa. Contohnya seperti perubahan kadar SST dari 6% kepada 8% untuk beberapa perkhidmatan yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2024.
Untuk mengelakkan anda daripada keliru dengan cukai dan memastikan anda tidak membayar lebih daripada yang sepatutnya, amat penting untuk merancang cukai anda dengan baik dan mendapatkan nasihat daripada pakar yang berkelayakan.
Beri Douglas Loh & Associates Mengurus Hal Percukaian Anda
Mengurus hal percukaian memerlukan penelitian
Jika terdapat rakan-rakan anda yang memiliki syarikat, mereka juga boleh menggunakan servis kita.
Untuk syarikat, anda perlu mendapatkan penasihat bertauliah mengenai cukai seperti berkaitan cukai korporat. Jika tidak, anda boleh didenda atau dikenakan penalti sehingga RM20,000 oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dengan reputasi yang ada, Douglas Loh & Associates kini mengendalikan lebih 1,500 pelanggan daripada pelbagai latar belakang termasuk individu, syarikat Perindustrian Kecil & Sederhana (PKS) dan banyak lagi.
Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menggunakan servis dari Douglas Loh & Asscociates sekarang!
Tempah sekarang tarikh dan masa di pautan berikut: https://meetings.hubspot.com/lohsye
FAQ
Bagaimanakah untuk menghantar Borang E untuk 2024 secara atas talian?
Masuk ke Portal MyTax: Pertama, buka portal MyTax dan log masuk menggunakan ID dan kata laluan anda.
Pilih Peranan: Selepas log masuk, pilih sama ada anda majikan atau wakil majikan, kemudian pilih syarikat anda.
Akses Perkhidmatan EzHasil: Pergi ke menu EzHasil Services dan pilih e-Data Praisi/e-CP8D untuk hantar CP8D.
Hantar CP8D: Klik pada Submission of CP8D.
Isi Butiran Pekerja: Anda boleh pilih sama ada untuk isi butiran pekerja secara manual dalam borang online atau muat naik fail txt CP8D yang sudah siap.
Muat Naik atau Isi Secara Manual: Jika isi secara manual, masukkan semua butiran pekerja. Kalau muat naik, pastikan fail txt mengandungi semua maklumat yang diperlukan.
Semak Maklumat: Setelah muat naik, semak maklumat saraan pekerja yang dipaparkan.
Sahkan dan Hantar: Klik pada Confirm & Submit setelah semak semuanya.
Dapatkan Pengakuan: Anda akan terima pengakuan penyerahan CP8D yang boleh dicetak atau dimuat turun.
Terus ke Borang E: Kini, pergi balik ke EzHasil Services dan klik pada e-Filing.
Pilih e-Form: Pilih tahun taksiran 2023 dan klik Teruskan.
Isi Butiran Syarikat: Borang akan tukar ke BM, tetapi boleh tukar ke Inggeris jika perlu. Lengkapkan semua butiran yang kosong dan klik Next.
Masukkan Bilangan Pekerja: Isi bilangan pekerja pada akhir tahun dan butiran lain seperti pekerja baru atau yang keluar.
Akhir sekali: Masukkan jawatan anda dan klik Sign & Send.
Bagaimana cara membuat e-filing untuk cukai pendapatan di Malaysia?
Sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Akses laman web MyTax.
2. Daftar sebagai pengguna kali pertama.
3. Daftar sijil digital.
4. Pilih menu e-Filing untuk tahun 2024.
5. Pilih borang e-BE (Individu Makan Gaji).
6. Tandatangani dan hantar borang.
7. Tunggu dan terima bayaran balik.
Bagaimanakah cara saya menyerahkan borang E secara manual?
Untuk menyerahkan borang E secara manual:
Masuk ke Portal MyTax: Log masuk dengan ID dan kata laluan.
Pilih Peranan: Pilih sama ada anda majikan atau wakil majikan dan pilih syarikat.
Akses EzHasil: Pergi ke menu EzHasil Services dan pilih e-Data Praisi/e-CP8D untuk hantar CP8D.
Hantar CP8D: Klik pada Submission of CP8D.
Isi Butiran Pekerja: Pilih untuk mengisi butiran pekerja secara manual atau muat naik fail txt CP8D.
Isi Secara Manual: Jika memilih untuk isi secara manual, masukkan semua butiran pekerja.
Untuk langkah seterusnya, rujuk soalan 1.
Siapakah yang perlu menghantar borang E?
Setiap majikan di Malaysia kena hantar Borang E kepada LHDN setiap tahun.
Apakah pelepasan cukai terbaru individu untuk tahun 2025?
Kerajaan akan memberi pelepasan cukai hingga RM7,000 untuk faedah pinjaman rumah berharga hingga RM500,000, dan RM5,000 untuk rumah antara RM500,000 hingga RM750,000, yang boleh dituntut selama tiga tahun berturut-turut bagi perjanjian jual beli antara 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027.
Bagaimanakah cara untuk menghantar CP55D secara dalam talian?Untuk menghantar borang CP55D secara dalam talian, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Akses Portal LHDN: Layari laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di
2. Log Masuk ke MyTax: Jika anda mempunyai akaun, log masuk ke sistem MyTax. Jika belum, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
3. Pilih Perkhidmatan Borang: Setelah log masuk, cari pilihan untuk menghantar borang CP55D dalam seksyen yang berkaitan dengan pengisytiharan atau pemfailan cukai.
4. Isi Borang: Lengkapkan borang CP55D dengan maklumat yang diperlukan. Pastikan semua maklumat adalah tepat dan lengkap.
5. Semak dan Hantar: Semak semula maklumat yang telah diisi. Jika semuanya betul, hantar borang tersebut.
6. Simpan Salinan: Selepas menghantar, simpan salinan pengesahan atau maklumat penghantaran untuk rujukan akan datang.
Sekiranya anda mengalami sebarang kesulitan, anda boleh menghubungi pejabat LHDN atau merujuk kepada panduan dalam laman web mereka.
Bilakah e-Invois akan diperkenalkan?
Sistem e-Invois di Malaysia bermula pada 1 Ogos 2024 untuk pembayar cukai dengan perolehan tahunan melebihi RM100 juta. Fasa seterusnya adalah: 1 Januari 2025 untuk perolehan antara RM25 juta dan RM100 juta, dan 1 Julai 2025 untuk semua pembayar cukai.
Comments